Pages

27.8.10

What's great in Penang

 From Penang with love~ ♥















Hola guys! Hari ni Amp nak introduce Penang the Pearl Island sebagai lokasi pelancongan famili ataupun dengan kawan-kawan. Apa yang best di Penang selain terkenal dengan Nasi Kandar? hehe!

Lokasi-lokasi menarik yang ada kat Penang adalah.....


1. Monkey Beach


















 Satu lokasi yang penuh dengan privasi. Untuk makluman semua tak ada penempatan kecuali monyet banyak kat sini. So memang exclusive kalau nak camping kat Monkey Beach (Pantai Kerachut). Tip-tip yang perlu korang tahu, bila dah nama pun tak ada penempatan manusia kat sini so faham-faham laa, untuk sampai ke pantai dara(sebab xde orang terokai lagi) Kerachut hanya ada 2 cara saja sama ada naik bot (1 kepala RM35 pergi-balik) atau jungle tracking!hehe! Jungle Tracking, dengar macam best je kan? 1 jam perjalanan non-stop baru sampai. Track disediakan dan curam. hehehe!  Kalau Amp diberi pilihan, Amp pilih jungle tracking untuk pengalaman pertama. Kali kedua Amp datang baru Amp nak naik bot. Sebab apa? Sebab sepanjang perjalanan 1 perkataan je Amp boleh cakap.... AWESOME! Seriously memang best! Sepanjang perjalanan korang akan nampak kiri kanan ada pokok sungai bukit yang korang dok minum tu: Mineral water. Sangat jernih. Banyak lagi pengalaman yang korang boleh dapat. Nak tahu?? Cuba laa try babe...

p/s:*Bertolak awal pagi seelok-eloknya (nak elak panas mata hari) & jangan lupa bawa makanan segera atau makanan untuk di-BBQ,sebab tak ada orang jual-jual kat sana wei! Tak ada penempatan kan!hehe!

2. Batu Ferrenghi




















Satu lagi lokasi menarik yang terdapat di Penang, Batu Ferrenghi! Apa yang Amp nak bagitahu pantai superb! (bukan laut). Lokasi yang juga terletaknya Hard Rock versi utara Penang. Terlalu banyak aktiviti yang dijalankan kat sini antaranya horse ride, banana boat, parachute and bla bla bla etc. Pada sebelah malam pula ada night market sepanjang jalan kat Batu Ferrenghi, memang banyak pilihan kalau nak beli barang-barang ciplak macam beg, kasut t-shirt dan cenderamata untuk kawan-kawan! hehe! Tempat paling santai nak lepak kat sini kat Sunset Bistro yang hanya berbumbungkan langit dan berbumikan pasir pantai. Pergh! memang santai. Waktu terbaik adalah senja kala dimana korang semua boleh tengok fajar menyinsing (betul ke tak ayat aku ni).

p/s:*Jangan lupa try Laksa Penang kat lereng-lereng bukit sepanjang perjalanan ke Batu Ferrenghi. Terbaik wa cakap sama lu! betul-betul ho liao!! hehe!

3. Gurney Drive


















Gurney Drive adalah tempat makan (hawk & stall) terbesar di Penang. Ramai kenalan yang bertanya semua Chinese je yang makan, halal ke? Nah, satu pertanyaan yang kurang diselidik. Halal but make sure beli dekat Muslim laa. Banyak sangat stall and hawkers. So pandai-pandai laa pilih k..

Lepas makan lepak dekat kawasan tepi pantai sambil tengok gadis-gadis liar berkeliaran .















Kalau korang bernasib baik macam Amp, korang boleh tengok event besar macam pic kat atas ni. Selalunya bergantung pada peristiwa-peristiwa penting di kelendar. hehe!

p/s: Nasihat daripada Amp jangan mabuk, jangan check in dengan bukan muhrim bawa camera! Rugi kalau tak bawa..

4. Fort Cornwales (Padang Kota Lama)


















Lebih kurang Gurney Drive juga yang ni pun.. Cuma different food and different scenery.
Kalau dah sampai sini jangan lupa try rojak. Bagi mengelakkan kekeliruan biar Amp cerita sikit pasal rojak.
Orang utara mostly panggil rojak untuk rojak buah yang lebih familiar bagi orang selatan.Panggilan rojak bagi orang selatan adalah pasembor bagi orang utara..hehe! agak-agak korang faham apa Amp cakap kat sini.. haha!

5. Marina Bay

















Marina Bay adalah tempat favorite Amp lepak time malam sambil hirup udara segar dan tengok bot-bot mewah. Tempat paling sesuai untuk lepak sambil bincang tentang masalah girlfriend/boyfriend, masalah jiran mahupun masalah korang sendiri...hehe!!
Kat Marina Bay juga ada sebuah club terapung yang dipenuhi oleh gadis-gadis liar yang cantik-cantik. Kalau korang nak clubbing jarak dari tempat korang duduk dengan club hanyalah 20 metres. Korang juga perlu tahu jarak masjid berdekatan supaya korang tak jadi syaitan liar pada malam hari dengan ber-clubbing. Maksud Amp kat sini tak payah laa clubbing-clubbing ni... Cuba laa ziarah Masjid Negeri Penang yang totally air-conditioned dan bebas daripada asap rokok yang berkepul-kepul macam awan kat club tu k! hehe!




6. Pantai Jerejak


















Pantai jerejak bukan pantai macam Batu Ferrenghi. Pantai jerejak adalah tempat pasangan muda-mudi melampiaskan nafsu cinta. Di sini juga pasangan-pasangan kekasih bermadu asmara untuk melengkapkan proses mengawan di hotel-hotel berdekatan. haha! Sorry bad words! Bukan apa, banyak sangat calon-calon buang anak kat sana. However, Pantai Jerejak still in the top ten awesome places in Penang! Pantai jerejak terdapat tempat-tempat makan yang menarik kat Tapak Perkhemahan Pantai Jerejak & Gold Coast. Kalau korang bernasib baik korang akan disajikan dengan paluan gendang ibu dikir barat nyanyian tukang karut versi utara! hehe! Best,serious best!

p/s:* Jangan lupa makan kerang bakar, steam boat dan ikan bakar!! hehe!!

7. Queensbay

















Queensbay(QB) merupakan gedung membeli-belah terpanjang di Malaysia, menyajikan sale-sale yang biasa je murah. Memiliki butik-butik terkenal dan tak terkenal pasaraya Jaya Jusco. Amp tak minat sangat dengan shopping mall, kecuali time sale..haha! Tapi most preferred kat Gurney plaza sebab banyak choice. QB terletak betul-betul tepi laut, so lepas penat shopping boleh laa dok melepak kat tepi laut.

p/s:* Awas!Melepak time malam hati-hati....banyak tikus kat celah-celah batu..



9. Bukit Bendera


















Bukit bendera ada tarikan tersendiri sebab ramai juga yang datang melawat.. Bukit Bendera bukanlah lokasi wajib lawat however u guys need to know Bukit Bendera merupakan tempat paling sejuk di Penang. Mempunyai 2 train (bukan cable car, ramai yang terkeliru) yang akan drop korang semua betul-betul dekat puncak. Lokasi ni sesuai untuk pasangan kekasih. Sebab elok laa dok atas Bukit bendera tu.. Ko tengok muka dia,dia tengok muka ko..memang sesuai... apa? tak faham ke? Maksud Amp tak banyak aktiviti menarik kat atas sana selain berbaring berjalan sambil berpegangan tangan. hehe!

10. Kek Lok Si Temple
















Last but not least, Kek Lok Si Temple! Sebuah tempat paling anggun time malam. Tu pun nasib laa kalau tuan temple ni nak buka lampu full mcm pic kat atas ni..haha! Tapi macam ni laa keadaan Kek Lok Si Temple menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina. Tempat ni juga menjual pelbagai barang-barang cenderamata daripada pakaian,makanan sehinggalah tahi tiruan...... Betul,Amp tak tipu memang ada jual tahi tiruan...hehehe!


So apa yang korang boleh summary kan pasal penang? senang je... Kalau tahu jalan, memang mudah sangat nak bergerak kat penang! hehe! Elakkan memandu pada waktu sesak (4.30p.m-8.00p.m). Traffic jam kot...
Pesanan untuk pembaca-pembaca yang teringin nak pergi holiday kat Penang, kalau sesat sila berpandukan ke arah KOMTAR.Sebab KOMTAR bangunan paling tinggi di Penang. So kalau sesat cepat-cepat tengok sekeliling cari komtar k! You are most welcome to Penang! Jom pi Penang! hehe!